Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mempunyai hutang ganti puasa Ramadan yang lalu, lalu masuk bulan Ramadan yang baru

Teks Bahasa Arab

من كان عليه من رمضانَ شيءٌ، فأدركَه رمضانُ، فلم يَقْضِهِ، لم يُقْبَلْ منه، وإن صلى تطوعاً وعليه مكتوبةٌ، لم تُقْبَل منه.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mempunyai hutang ganti puasa Ramadan yang lalu, lalu masuk bulan Ramadan yang baru dalam keadaan dia belum menggantikan puasanya yang lalu, maka tidak akan diterima puasanya, dan jika dia menunaikan solat sunat sedangkan dia masih ada solat fardu (yang belum diganti).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1161, hadis no. 5870. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان عليه من رمضان شيء فأدركه رمضان فلم يقضه لم يقبل منه وإن صلى تطوعا وعليه مكتوبة لم تقبل منه. [ابن حبان في الضعفاء، الضعيفة (6378)]

(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hutang ganti puasa Ramadan yang lalu, lalu masuk bulan Ramadan yang baru dalam keadaan dia belum menggantikan puasanya yang lalu, maka tidak akan diterima puasanya, dan jika dia menunaikan solat sunat sedangkan dia masih ada solat fardu (yang belum diganti). [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhu’afa. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6378]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.