Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن كان عليه دَيْنٌ يُهِمُّه قضاؤُه -أو هَمَّ بقضائِه-؛ لَمْ يزَلْ معه مِن اللهِ حارسٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempunyai hutang dan dia bermaksud untuk melunaskannya, akan sentiasa ada bersamanya seorang penjaga (yang dikirim) oleh Allah.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis no. 4110. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Warqā’ binti Haddāb bahawa ‘Umar bin al-Khaṭṭāb apabila keluar dari rumahnya, beliau akan melalui rumah Ummahāt al-Mu’minīn lalu memberi salam kepada mereka sebelum menghadiri majlisnya. Apabila beliau telah selesai, beliau akan melalui lagi rumah Ummahāt al-Mu’minīn. Setiap kali beliau melaluinya, beliau mendapati ada seorang lelaki duduk di hadapan pintu rumah ‘Āishah RA. Lalu beliau bertanya kepadanya: Mengapa aku melihat engkau duduk di sini?! Dia menjawab: Ada hak aku yang aku mahu minta daripada Umm al-Mu’minīn. Lalu ‘Umar masuk ke dalam dan berkata kepadanya (‘Āishah RA): Wahai Umm al-Mu’minīn! Apakah 7 ribu dirham tidak mencukupi bagimu pada setiap tahun? Beliau menjawab: Ya, tetapi aku mempunyai bebanan hak daripadanya. Aku mendengar Abū al-Qāsim SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai hutang dan dia bermaksud untuk melunaskannya, akan sentiasa ada bersamanya seorang penjaga (yang dikirim) oleh Allah. Beliau (‘Āishah RA) berkata: Maka aku suka apabila sentiasa ada bersamaku seorang penjaga daripada Allah. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr dan al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4638]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman