TEKS BAHASA ARAB
من كان له مال يبلغه بيت ربه، أو يجب فيه زكاة – فلم يفعل -؛ سأل الرجعة عند الموت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang mempunyai harta yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, atau wajib padanya zakat, tetapi dia tidak melakukannya, dia pasti akan meminta dikembalikan (ke dunia) ketika saat kematiannya (iaitu untuk memanfaatkan semula harta itu sebaiknya)
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 888, hadis nombor 4555. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس-رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كان له مال يبلغه بيت ربه، أو يجب فيه زكاة – فلم يفعل -؛ سأل الرجعة عند الموت)). [ت، عبد بن حميد، طب، الواحدي في تفسيره، ((الضعيفة)) (4641)].
(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang mempunyai harta yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, atau wajib padanya zakat, tetapi dia tidak melakukannya, dia pasti akan meminta dikembalikan (ke dunia) ketika saat kematiannya (iaitu untuk memanfaatkan semula harta itu sebaiknya).”
[Riwayat al-Tirmidzi dalam Sunan, Abd bin Humaid, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Wahidi dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4641].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.