Sesiapa yang mempunyai harta yang boleh menyampaikannya ke rumah Tuhannya, atau harta yang diwajibkan padanya zakat

TEKS BAHASA ARAB

من كان له مال يبلغه بيت ربه، أو يجب فيه زكاة -فلم يفعل-؛ سأل الرجعة عند الموت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempunyai harta yang boleh menyampaikannya ke rumah Tuhannya, atau harta yang diwajibkan padanya zakat namun dia tidak melunaskannya, dia pasti akan meminta untuk dikembalikan semula ke dunia ketika dia hampir meninggal.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 746, hadis nombor 3821. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما – مرفوعا: «من كان له مال يبلغه بيت ربه، أو يجب فيه زكاة -فلم يفعل -؛ سأل الرجعة عند الموت».
[ت، عبد بن حميد، طب، الواحدي في «تفسيره»، «الضعيفة» (4641)].

(Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mempunyai harta yang boleh menyampaikannya ke rumah Tuhannya, atau harta yang diwajibkan padanya zakat namun dia tidak melunaskannya, dia pasti akan meminta untuk dikembalikan semula ke dunia ketika dia hampir meninggal.
[Riwayat Sunan Tirmizi, Abd bin Humaid, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Wahidi dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4641].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs