Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كُنَّ لهُ ابنتينِ، أو أختينِ، أو عمَّتينِ، أو خالتينِ، فَعَالَهُنَّ، فُتحتْ لهُ الثمانيةُ أبوابِ الجنةِ يا عبادَ اللهِ أغيثوهُ يا عبادَ اللهِ أعطوهُ، يا عبادَ اللهِ أقرضوهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, atau dua orang saudara perempuan, atau dua orang ibu saudara daripada sebelah ayah dan dua ibu saudara daripada sebelah ibu, yang mana dia berbuat baik kepada kesemuanya itu, maka akan dibukakan untuknya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah dia. Wahai hamba-hamba Allah, berikanlah kepadanya. Wahai hamba-hamba Allah, berilah pinjaman kepadanya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 164, hadis no. 823. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جداً) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال صلى الله عليه وسلم: من كن له ابنتين، أو أختين، أو عمتين، أو خالتين، فعالهن، فتحت له الثمانية أبواب الجنة يا عباد الله أغيثوه يا عباد الله أعطوه، يا عباد الله أقرضوه. [طس، ((الضعيفة)) (6862)]
(Sangat Munkar) Daripada ‘Aisyah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai dua orang anak perempuan, atau dua orang saudara perempuan, atau dua orang ibu saudara daripada sebelah ayah dan dua ibu saudara daripada sebelah ibu, yang mana dia berbuat baik kepada kesemuanya itu, maka akan dibukakan untuknya lapan pintu syurga. Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah dia. Wahai hamba-hamba Allah, berikanlah kepadanya. Wahai hamba-hamba Allah, berilah pinjaman kepadanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6862]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman