Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mempunyai dalaman yang baik atau buruk

Teks Bahasa Arab

من كانت له سَرِيرَةٌ صالحة ٌأو سيئةٌ؛ نَشَرَ اللهُ منها رِدَاءً يُعْرَفُ به.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mempunyai dalaman yang baik atau buruk; Allah pasti menyebarkan darinya pakaian yang dia dikenali dengannya.

Sahabat Perawi

  1. Uthman bin Affan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis no. 9952. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من كانت له سريرة صالحة أو سيئة؛ نشر الله منها رداء يعرف به)). [عد، القضاعي، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (1929)]

(Sangat Lemah) Daripada ‘Uthmān bin ‘Affān RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mempunyai dalaman yang baik atau buruk; Allah pasti menyebarkan darinya pakaian yang dia dikenali dengannya. [Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb, al-Ḍiyā’ dalam al-Muntaqā min Masmū‘ātihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1929]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.