Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang mempunyai anak kecil, maka hendaklah dia bermain-main dengannya

Teks Bahasa Arab

منْ كان لهُ صبيٌّ فليتصبَّ لهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang mempunyai anak kecil, maka hendaklah dia bermain-main dengannya.

Sahabat Perawi

  1. Al-Ahnaf bin Qais RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis no. 1127. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأحنف بن قيس - رضي الله عنه -، قال: دخلت على معاوية بن أبي سفيان وهو مستلق على قفاه، وعلى صدره صبي أو صبية تناغيه، فقلت: أمط عنك هذا يا أمير المؤمنين! فقال: يا أحنف! سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من كان له صبي فليتصب له)). [أبو علي الأهوازي في ((عقد أهل الإيمان))، ((الضعيفة)) (4640)]

(Daif) Daripada al-Ahnaf bin Qais RA beliau berkata: Aku masuk kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan dalam keadaan beliau sedang bersandar di atas kepalanya dan di dadanya terdapat seorang budak lelaki atau budak perempuan yang sedang bermain dengannya. Kemudian aku berkata: Hendaklah kamu aku mengalihkan budak ini dari kamu wahai Amirul Mu’minin? Beliau berkata: Wahai Ahnaf, aku telah mendengar bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mempunyai anak kecil, maka hendaklah dia bermain-main dengannya. [Riwayat Abu ‘Ali al-Ahwazi dalam ‘Aqd Ahl al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4640]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.