Sesiapa yang mempunyai anak kecil, hendaklah dia bermain dengannya

TEKS BAHASA ARAB

من كان له صبي فليتصب له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempunyai anak kecil, hendaklah dia bermain dengannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 89, hadis nombor 452. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الأحنف بن قيس – رضي الله عنه -، قال: دخلت على معاوية بن أبي سفيان وهو مستلق على قفاه، وعلى صدره صبي أو صبية تناغيه، فقلت: أمط عنك هذا يا أمير المؤمنين! فقال: يا أحنف! سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم : من كان له صبي فليتصب له.
[أبو علي الأهوازي في ((عقد أهل الإيمان))، ((الضعيفة)) (4640)]

(Lemah)
Daripada al-Aḥnaf ibn Qays RA telah berkata: “Aku telah bertemu dengan Mu‘āwiyah ibn Abū Sufyān dan beliau sedang baring di atas tengkuknya, dan di atas dada beliau ada seorang anak lelaki atau anak perempuan kecil yang beliau bermain dengannya. Lalu aku telah berkata: “Alihkan budak ini dari kamu wahai Amīr al-Mu’minīn?” Beliau telah *menjawab: “Wahai Aḥnaf, aku telah mendengar Rasulullah SAW: “Sesiapa yang mempunyai anak kecil, hendaklah dia bermain dengannya”.
[Diriwayatkan oleh Abū ‘Alī al-Ahwāzī al-Ḥasan ibn ‘Alī dalam ‘Aqd Ahl al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4640]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.