Sesiapa yang mempersiapkan seorang perajurit di jalan Allah

TEKS BAHASA ARAB

من جهز غازياً في سبيل الله حتى يستقل كان له مثل أجره حتى يموت أو يرجع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang mempersiapkan seorang perajurit di jalan Allah sehingga dia berangkat pergi, dia akan memperolehi ganjaran seumpamanya (perajurit tersebut) sehingga dia mati atau kembali semula.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis nombor 5177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: من جهز غازيا في سبيل الله حتى يستقل كان له مثل أجره حتى يموت أو يرجع. [هـ، الضعيفة (4582)].

(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mempersiapkan seorang perajurit di jalan Allah sehingga dia berangkat pergi, dia akan memperolehi ganjaran seumpamanya (perajurit tersebut) sehingga dia mati atau dia kembali semula. [Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4582].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs