Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من جهز غازياً في سبيل الله حتى يستقل كان له مثل أجره حتى يموت أو يرجع.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mempersiapkan seorang perajurit di jalan Allah sehingga dia berangkat pergi, dia akan memperolehi ganjaran seumpamanya (perajurit tersebut) sehingga dia mati atau kembali semula.
Sahabat Perawi
- Umar bin al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1005, hadis no. 5177. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: من جهز غازيا في سبيل الله حتى يستقل كان له مثل أجره حتى يموت أو يرجع. [هـ، الضعيفة (4582)].
(Lemah) Daripada Umar bin al-Khattab RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang mempersiapkan seorang perajurit di jalan Allah sehingga dia berangkat pergi, dia akan memperolehi ganjaran seumpamanya (perajurit tersebut) sehingga dia mati atau dia kembali semula. [Riwayat Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4582].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman