Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن شَدَّدَ سُلْطانَه بمَعْصيةِ اللهِ؛ أوْهَنَ اللهُ كيده يومَ القِيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memperkuat pemimpinnya dengan maksiat kepada Allah, Allah akan melemahkan tipu muslihatnya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Saad bin Ubadah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 841, hadis no. 4318. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن عبادة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من شدد سلطانه بمعصية الله؛ أوهن الله كيده يوم القيامة)). [حم، ((الضعيفة)) (4609)]
(Lemah) Daripada Sa’d bin ‘Ubādah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memperkuat pemimpinnya dengan maksiat kepada Allah, Allah akan melemahkan tipu muslihatnya pada hari kiamat. [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4609]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman