TEKS BAHASA ARAB
من تأمل خلق امرأة حتى يستبين له حجم عظامها من وراء ثيابها وهو صائم فقد أفطر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memperhatikan tubuh badan wanita sehingga dia dapat melihat saiz tulangnya dari pakaiannya sedangkan dia berpuasa, maka puasanya terbatal.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis nombor 4207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه-قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من تأمل خلق امرأة حتى يستبين له حجم عظامها من وراء ثيابها وهو صائم فقد أفطر)).
[عد، ابن الجوزي، عبد القادر القرشي في ((جزء له))، ((الضعيفة)) (6294)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memperhatikan tubuh badan wanita sehingga dia dapat melihat saiz tulangnya dari pakaiannya sedangkan dia berpuasa, maka puasanya terbatal.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at dan Abd al-Qadir al-Qurasyi dalam Juz nya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6294]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.