Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من تأمَّلَ خلقَ امرأةٍ حتى يستبينَ له حجمَ عظامِها من وراءِ ثيابها وهو صائمٌ ؛ فقد أفطرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memperhatikan tubuh badan wanita sehingga dia dapat melihat saiz tulangnya dari pakaiannya sedangkan dia berpuasa, maka puasanya terbatal.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817, hadis no. 4207. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك –رضي الله عنه-قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من تأمل خلق امرأة حتى يستبين له حجم عظامها من وراء ثيابها وهو صائم فقد أفطر)). [عد، ابن الجوزي، عبد القادر القرشي في ((جزء له))، ((الضعيفة)) (6294)]
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memperhatikan tubuh badan wanita sehingga dia dapat melihat saiz tulangnya dari pakaiannya sedangkan dia berpuasa, maka puasanya terbatal. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at dan Abd al-Qadir al-Qurasyi dalam Juz nya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6294]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman