Sesiapa yang memperelokkan solat ketika dilihat orang ramai

TEKS BAHASA ARAB

من أحسن الصلاة حيث يراه الناس، وأساء حين يخلو؛ فتلك استهانة يستهين بها ربه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memperelokkan solat ketika dilihat orang ramai, namun tidak memperelokkan (solatnya) semasa dia bersendirian, maka yang demikian itu merupakan suatu penghinaan kepada Tuhannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 298, hadis nombor 1571. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من أحسن الصلاة حيث يراه الناس، وأساء حين يخلو؛ فتلك استهانة يستهين بها ربه)).
[عب، ع، الجرجاني في ((فوائده))، هق، أبو محمد الضراب في ((ذم الرياء في الأعمال))، ((الضعيفة)) (4537)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memperelokkan solat ketika dilihat orang ramai, namun tidak memperelokkan (solatnya) semasa dia bersendirian, maka yang demikian itu merupakan suatu penghinaan kepada Tuhannya.
[Riwayat Musannaf 'Abd al-Razzaq, Musnad Abi Ya'la, al-Jurjani dalam Fawa’id, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi dan Abu Muhammad al-Dirab dalam Dzamm al-Riya’ Fi al-A’mal. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4537]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs