Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memperelokkan amalan di baki usianya

Teks Bahasa Arab

مَنْ أَحْسَنَ فِيمَا بَقِى غُفِرَ لَهُ مَا مَضَى وَمَا بَقِى.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memperelokkan amalan di baki usianya, Allah berikan keampunan kepadanya terhadap usianya yang lepas dan yang berbaki.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 86, hadis no. 397. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الجد: لم أجده في المرفوع، وإنما أخرجه الأصبهاني في "الترغيب" عن الفضيل بن عياض، من قوله. انتهى، وجاء نحوه عن قاسم بن عثمان الجوعي.

Al-Jadd berkata: "Aku belum pernah menemuinya dalam riwayat yang marfu', ia hanya dikeluarkan oleh al-Asbahani dalam al-Targhib daripada al-Fudhail bin 'Iyyadh melalui kata-kata beliau". Turut diriwayatkan daripada Qasim bin 'Uthman al-Ju'ei.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.