Sesiapa yang memperbanyakkan solat pada waktu malam

TEKS BAHASA ARAB

من كثرت صلاته بالليل حسن وجهه بالنهار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memperbanyakkan solat pada waktu malam, maka akan diperelokkan wajahnya pada siang hari.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المقاصد من كثرت صلاته بالليل حسن وجهه بالنهار، لا أصل له وروى من طرق بعضها عند ابن ماجه وأورد الكثير منها القضاعي وغيره ولكن قرأت بخط شيخنا أنه ضعيف والمعتمد الأول، وأطنب ابن عدي في ورده وظن القضاعي أنه صحيح لكثرة طرقه وهو معذور لأنه لم يكن حافظا، واتفق أئمة الحديث على أنه من قول شريك لثابت قبل سرقة جماعة من ثابت: في الخلاصة قال الصغاني هو موضوع: اللآلئ قال القضاعي في مسند الشهاب روى هذا الحديث جماعة وما طعن أحد منهم في إسناده ولا متنه وقد أنكره بعض الحفاظ وقال أنه من كلام شريك حين دخل ثابت الزاهد عليه وهو يقول حدثنا الأعمش عن أبي سفيان عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم يذكر المتن فلما نظر إلى ثابت موسى قال من كثرت صلاته إلخ. لزهده فظن ثابت أنه روى الحديث بهذا الإسناد فكان ثابت يحدث به عن شريك عن الأعمش وليس له أصل إلا بهذا الوجه وعن قوم مجروحين سرقوه من ثابت وردوه عن ثابت قال وقد روي لنا من طرق كثيرة وعن ثقات غير ثابت وعن غير شريك.

Di dalam kitab al-Maqasid:
“Sesiapa yang memperbanyakkan solat pada waktu malam, maka akan diperelokkan wajahnya pada siang hari.”
Hadith ini tiada asalnya. Ibn Majah meriwayatkan sebahagian daripada jalur periwayatannya. Kebanyakannya disebutkan oleh al-Qudha’i dan lain-lain. Akan tetapi aku pernah membaca tulisan guru kami bahawa hadith tersebut adalah hadith yang daif. Pandangan yang muktamad adalah hadith tersebut adalah hadith yang palsu.
Ibn Adiyy telah bersungguh-sungguh menolak hadith ini. Al-Qudha’i pula menyangka hadith ini adalah sahih kerana beliau dapati hadith ini banyak jalur periwayatannya. Dalam hal ini beliau dimaafkan kerana beliau bukan daripada kalangan orang yang menghafal hadith.
Para imam yang pakar dalam ilmu hadith bersepakat bahawa ia adalah ucapan Syuraik kepada Thabit sebelum ia dipalsukan oleh beberapa golongan. Dalam kitab al-Khulasah menyebut: Al-Saghani berkata bahawa ia adalah hadith yang palsu. Dalam kitab al-La’ali menyebut: Al-Qudha’i berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh ramai yang terdapat di dalam Musnad al-Syihab. Tidak ada satu pun perawi yang ditohmah dan dikritik sama ada di dalam sanadnya atau matannya. Sebahagian huffaz membidas al-Qudha’i dengan mengatakan bahawa ia adalah ucapan Syuraik kepada Thabit al-Zahid ketika dia masuk menemuinya. Beliau sendiri yang berkata: Al-‘Amasy menceritakan kepada kami daripada Abu Sufyan daripada Jabir bahawa beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda dan pada ketika itu beliau tidak ingat matannya. Lalu apabila beliau melihat Thabit beliau berkata: ‘Barangsiapa yang banyak solat malamnya….’ kerana kezuhudannya. Maka Thabit menyangka bahawa Syuraik meriwayatkan hadith dengan sanad tersebut. Maka Syuraik pun meriwayatkannya daripada Syuraik daripada al-‘Amasy sedangkan ia tidak begitu. Maka matan yang disebutkan tidak ada asalnya.
Sebahagian golongan yang dikritik mereka meniru daripada Thabit dan meriwayatkannya menggunakan nama beliau. Diriwayatkan kepada kami banyak jalur daripada perawi yang thiqah selain Thabit dan juga selain Syuraik.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs