Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من كثرت صلاته بالليل حسن وجهه بالنهار.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memperbanyakkan solat pada waktu malam, maka akan diperelokkan wajahnya pada siang hari.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Di dalam kitab al-Maqasid: “Sesiapa yang memperbanyakkan solat pada waktu malam, maka akan diperelokkan wajahnya pada siang hari.” Hadith ini tiada asalnya. Ibn Majah meriwayatkan sebahagian daripada jalur periwayatannya. Kebanyakannya disebutkan oleh al-Qudha’i dan lain-lain. Akan tetapi aku pernah membaca tulisan guru kami bahawa hadith tersebut adalah hadith yang daif. Pandangan yang muktamad adalah hadith tersebut adalah hadith yang palsu. Ibn Adiyy telah bersungguh-sungguh menolak hadith ini. al-Qudha’i pula menyangka hadith ini adalah sahih kerana beliau dapati hadith ini banyak jalur periwayatannya. Dalam hal ini beliau dimaafkan kerana beliau bukan daripada kalangan orang yang menghafal hadith. Para imam yang pakar dalam ilmu hadith bersepakat bahawa ia adalah ucapan Syuraik kepada thabit sebelum ia dipalsukan oleh beberapa golongan. Dalam kitab al-Khulasah menyebut: al-Saghani berkata bahawa ia adalah hadith yang palsu. Dalam kitab al-La’ali menyebut: al-Qudha’i berkata: Hadith ini diriwayatkan oleh ramai yang terdapat di dalam Musnad al-Syihab. Tidak ada satu pun perawi yang ditohmah dan dikritik sama ada di dalam sanadnya atau matannya. Sebahagian huffaz membidas al-Qudha’i dengan mengatakan bahawa ia adalah ucapan Syuraik kepada Thabit al-Zahid ketika dia masuk menemuinya. Beliau sendiri yang berkata: al-‘Amasy menceritakan kepada kami daripada Abu Sufyan daripada Jabir bahawa beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda dan pada ketika itu beliau tidak ingat matannya. Lalu apabila beliau melihat Thabit beliau berkata: ‘Barangsiapa yang banyak solat malamnya….’ kerana kezuhudannya. Maka Thabit menyangka bahawa Syuraik meriwayatkan hadith dengan sanad tersebut. Maka Syuraik pun meriwayatkannya daripada Syuraik daripada al-‘Amasy sedangkan ia tidak begitu. Maka matan yang disebutkan tidak ada asalnya. Sebahagian golongan yang dikritik mereka meniru daripada Thabit dan meriwayatkannya menggunakan nama beliau. Diriwayatkan kepada kami banyak jalur daripada perawi yang thiqah selain Thabit dan juga selain Syuraik.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman