Sesiapa yang mempelajari satu bab daripada ilmu untuk mengajarkan kepada manusia, maka ia menyamai pahala 70 orang nabi

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من تعلم بابا من العلم ليعلمه الناس ابتغاء وجه الله، أعطاه الله أجر سبعين نبيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang mempelajari satu bab daripada ilmu untuk mengajarkan ilmu tersebut kepada manusia dan kerana mengharapkan redha SWT, Allah akan memberinya pahala menyamai 70 orang nabi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 284, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في إسناده متروك.

Pada sanad hadith ini ada perawi yang ditinggalkan riwayatnya kerana dituduh berdusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs