Sesiapa yang memotong kuku pada hari

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ودخل فيه الشفاء ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخل فيه الصحة ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء خرج منه المرض ودخلت فيه العافية ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس [والخوف] ودخل فيه الأمن والصحة ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخلت فيه العافية ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخلت فيه الرحمة وخرج منه الذنوب.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memotong kuku pada hari Sabtu, keluar darinya penyakit, dan masuk padanya penawar; sesiapa yang memotong kuku pada hari Ahad, keluar darinya kemiskinan dan masuk padanya kekayaan; sesiapa yang memotong kuku pada hari Isnin, keluar darinya kecacatan dan masuk padanya kesihatan; sesiapa yang memotong kuku pada hari Selasa, keluar darinya kesakitan dan masuk padanya kesembuhan; sesiapa yang memotong kuku pada hari Rabu, keluarkan darinya was-was [dan ketakutan] dan masuk padanya keamanan dan kesihatan; sesiapa yang memotong kuku pada hari Khamis, keluar darinya penyakit kusta dan masuk padanya kesembuhan; sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, masuk padanya rahmat dan keluar darinya dosa-dosa.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 197, hadis nombor 10. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو موضوع في إسناده: وضاعان ومجاهيل فقبح الله الكذابين وقبح ألفاظهم الساقطة وكلماتهم الركيكة.
قال السخاوي في المقاصد: لم يثبت في كيفية قص الأظفار ولا في تعيين يوم له شيء عن النبي صلى الله عليه وسلم وما يعزى من النظم فيها لعلي رضي الله عنه فباطل.

Hadith ini palsu, pada sanadnya terdapat dua perawi pereka hadith dan sekumpulan perawi yang tidak dikenali, moga Allah burukkan golongan pembohong, dan burukkan lafaz-lafaz mereka yang buruk dan kalimah-kalimah mereka yang lemah.
Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: tidak ditetapkan cara memotong kuku dan tidak ditentukan mana-mana hari untuknya daripada Nabi SAW, dan apa sahaja syair yang disandarkan kepada Ali RA, maka ia adalah batil.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs