Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قلَّم أظافيرَه يومَ الجمعةِ قبلَ الصَّلاةِ، أخرجَ اللهُ منه كلَّ داءٍ، و أدخلَ مكانَه الشِّفاءَ و الرَّحمةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memotong kuku-kukunya pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat, maka Allah akan mengeluarkan kesemua penyakit darinya, dan Allah akan menggantikan tempatnya itu dengan syifa’ (penyembuh) dan juga rahmat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 258, hadis no. 1340. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة، أخرج الله منه كل داء، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2021)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memotong kuku-kukunya pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat, maka Allah akan mengeluarkan kesemua penyakit darinya, dan Allah akan menggantikan tempatnya itu dengan syifa’ (penyembuh) dan juga rahmat. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2021]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman