Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من مثَّل بذي روحٍ ثم لم يتبْ؛ مثَّل اللهُ بهِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memotong (bahagian tubuh) yang masih mempunyai roh (hidup) kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah akan memotong-motong dirinya pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 803, hadis no. 4140. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما-، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من مثل بذي روح ثم لم يتب؛ مثل الله به يوم القيامة)). [حم، ((الضعيفة)) (5089)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memotong (bahagian tubuh) yang masih mempunyai roh (hidup) kemudian dia tidak bertaubat, maka Allah akan memotong-motong dirinya pada hari kiamat. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5089]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman