Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ استغفر اللهَ – عَزَّ وجَلَّ – في كُلِّ يومٍ سبعينَ مرةً؛ لم يُكتبْ في يومِه مِنَ الغافلينَ. ومَنِ استَغفر اللهَ – عَزَّ وجَلَّ – في كُلِّ ليلةٍ سبعينَ مَرَّةً؛ لم يُكتبْ في ليلتِه مِنَ الغافلينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memohon keampunan daripada Allah setiap hari sebanyak 70 kali, maka tidak akan ditulis olehnya pada hari tersebut daripada golongan orang yang lalai. Dan sesiapa yang memohon keampunan daripada Allah pada setiap malam sebanyak 70 kali, maka tidak akan ditulis olehnya pada malam tersebut daripada golongan orang yang lalai.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis no. 10221. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة – رضي الله عنها- مرفوعا: من استغفر الله – عز وجل – في كل يوم سبعين مرة؛ لم يكتب في يومه من الغافلين. ومن استغفر الله – عز وجل – في كل ليلة سبعين مرة؛ لم يكتب في ليلته من الغافلين. [ابن السني، ((الضعيفة)) (٤٥٤٧)]
(Sangat lemah) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memohon keampunan daripada Allah setiap hari sebanyak 70 kali, maka tidak akan ditulis olehnya pada hari tersebut daripada golongan orang yang lalai. Dan sesiapa yang memohon keampunan daripada Allah pada setiap malam sebanyak 70 kali, maka tidak akan ditulis olehnya pada malam tersebut daripada golongan orang yang lalai. [Riwayat Ibn Sinni. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4547]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman