Sesiapa yang memohon ampun di setiap akhir solat

TEKS BAHASA ARAB

من استغفر في دبر كل صلاة ثلاث مرات فقال: أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، غفر له ذنوبه وإن كان قد فر من الزحف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memohon ampun di setiap akhir solat sebanyak 3 kali lalu berkata: Aku memohon keampun daripada-Mu Ya Allah, Tidak ada tuhan selain Engkau, dan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri, dan aku bertaubat kepada-Mu, nescaya akan diampunkan dosanya sekalipun dia melarikan diri daripada medan perang.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis nombor 10222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن البراء –رضي الله عنه- مرفوعا: من استغفر في دبر كل صلاة ثلاث مرات فقال: أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، غفر له ذنوبه وإن كان قد فر من الزحف.
[ابن السني، عد، ((الضعيفة)) (4546)]

(Sangat lemah)
Daripada al-Barra’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memohon ampun di setiap akhir solat sebanyak 3 kali lalu berkata: Aku memohon keampun daripada-Mu Ya Allah, Tidak ada tuhan selain Engkau, dan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri, dan aku bertaubat kepada-Mu, nescaya akan diampunkan dosanya sekalipun dia melarikan diri daripada medan perang.
[Riwayat Ibn Sinni, al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4546]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs