Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنِ استَغفر في دُبُرِ كُلِّ صلاةٍ ثلاثَ مراتٍ فقال: أستغفرُ اللهَ الذي لا إله إلا هو الحيَّ القيومَ وأتوبُ إليه؛ غُفِرَ له ذنوبُه وإنْ كان قد فَرَّ مِنَ الزَّحْفِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memohon ampun di setiap akhir solat sebanyak 3 kali lalu berkata: Aku memohon keampun daripada-Mu Ya Allah, Tidak ada tuhan selain Engkau, dan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri, dan aku bertaubat kepada-Mu, nescaya akan diampunkan dosanya sekalipun dia melarikan diri daripada medan perang.
Sahabat Perawi
- al-Barra’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2032, hadis no. 10222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن البراء رضي الله عنه مرفوعا: من استغفر في دبر كل صلاة ثلاث مرات فقال: أستغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه، غفر له ذنوبه وإن كان قد فر من الزحف. [ابن السني، عد، ((الضعيفة)) (4546)]
(Sangat lemah) Daripada al-Barra’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memohon ampun di setiap akhir solat sebanyak 3 kali lalu berkata: Aku memohon keampun daripada-Mu Ya Allah, Tidak ada tuhan selain Engkau, dan Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri, dan aku bertaubat kepada-Mu, nescaya akan diampunkan dosanya sekalipun dia melarikan diri daripada medan perang. [Riwayat Ibn Sinni, al-Kamil. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4546]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman