Sesiapa yang memisahkan maka dia bukan daripada kalangan kami

TEKS BAHASA ARAB

من فرق فليس منا. يعني: بين الولد وأمه وبين الإخوة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memisahkan maka dia bukan daripada kalangan kami (yakni memisahkan antara anak dengan ibunya serta memisahkan antara saudara mara).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59, hadis nombor 260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معقل بن يسار – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من فرق فليس منا. يعني: بين الولد وأمه وبين الإخوة)). [طب، ((الضعيفة)) (3111)].

(Palsu)
Daripada Ma‘qil Ibn Yasār RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesiapa yang memisahkan maka dia bukan daripada kalangan kami.)) Yakni memisahkan antara anak dengan ibunya serta memisahkan antara saudara mara.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3111].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.