TEKS BAHASA ARAB
يا علي! من فارقني فقد فارق الله. ومن فارقك يا علي! فقد فارقني.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Wahai ‘Ali! Sesiapa yang memisahkan dirinya dariku (yakni meninggalkan jalanku) maka dia telah memisahkan dirinya dari Allah dan sesiapa yang memisahkan dirinya darimu wahai ‘Ali, maka dia telah memisahkan dirinya dariku.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 499, hadis nombor 2672. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي ذر –رضي الله عنه- مرفوعا: ((يا علي! من فارقني فقد فارق الله. ومن فارقك يا علي! فقد فارقني)). [ك، البزار، عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4893)].
(Munkar)
Daripada Abu Zar RA secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Wahai ‘Ali! Sesiapa yang memisahkan dirinya dariku (yakni meninggalkan jalanku) maka dia telah memisahkan dirinya dari Allah dan sesiapa yang memisahkan dirinya darimu wahai ‘Ali, maka dia telah memisahkan dirinya dariku.
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Bazzar, Ibn ‘Adi dan Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4893].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.