TEKS BAHASA ARAB
حديث: من فصل بيني وبين آلي بعلي فعليه كذا كذا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang memisahkan antara aku dan keluargaku dengan Ali, maka dia akan mendapat (dosa) sekian sekian.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 193, hadis nombor 601. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع، قال علي قاري: هو من مفتريا الشيعة [الشنيعة] .
Palsu, Ali Qari berkata: Ia adalah sebahagian daripada rekaan Syi’ah yang jijik.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.