Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من شربَ بصقةَ خمرٍ فاجلدوهُ ثمانينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meminum perahan arak, maka sebatlah dia sebanyak 80 kali.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 825, hadis no. 4239. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد الله بن عمرو –رضي الله عنها-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من شرب بصقة خمر؛ فاجلدوه ثمانين)). [طب، ((الضعيفة)) (6658)]
(Munkar) Daripada Abdullah bin Amru RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meminum perahan arak, maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6658]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman