Sesiapa yang meminum arak Allah akan murka kepadanya selama 40 hari

TEKS BAHASA ARAB

من ‌شرب ‌الخمر سخط الله عليه أربعين صباحاً، فإن عاد فمثل ذلك، وما يدريه لعل منيته تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط الله عليه أربعين صباحا، وما يدريه لعل منيته تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط الله عليه أربعين صباحا؛ فهذه عشرون ومئة ليلة، فإن عاد؛ فهو في ردغة الخبال يوم القيامة. قيل: وما ردغة الخبال؟ قال: عرق أهل النار وصديدهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meminum arak Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Jika dia mengulanginya maka dia akan menerima nasib yang sama, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika ia mengulanginya Allah akan murka kepadanya selama 40 hari, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika dia mengulanginya maka Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Maka ini menjadikan jumlahnya adalah sebanyak 120 hari. Jika dia mengulanginya, maka dia akan berada dalam Radghat al-Khabāl pada hari kiamat. Dikatakan: Apakah itu Radghat al-Khabāl? Baginda bersabda: Ia merupakan peluh ahli neraka dan nanah mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 677, hadis nombor 3485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ‌((من ‌شرب ‌الخمر سخط الله عليه أربعين صباحاً، فإن عاد فمثل ذلك، وما يدريه لعل منيته تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط الله عليه أربعين صباحاً، وما يدريه لعل منيته تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط الله عليه أربعين صباحاً؛ فهذه عشرون ومئة ليلة، فإن عاد؛ فهو في ردغة الخبال يوم القيامة. قيل: وما ردغة الخبال؟ قال: عرق أهل النار وصديدهم)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5242)]

(Lemah) Daripada ‘Āi’syah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meminum arak Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Jika dia mengulanginya maka dia akan menerima nasib yang sama, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika ia mengulanginya Allah akan murka kepadanya selama 40 hari, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika dia mengulanginya maka Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Maka ini menjadikan jumlahnya adalah sebanyak 120 hari. Jika dia mengulanginya, maka dia akan berada dalam Radghat al-Khabāl pada hari kiamat. Dikatakan: Apakah itu Radghat al-Khabāl? Baginda bersabda: Ia merupakan peluh ahli neraka dan nanah mereka. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5242]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs