Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من شرب الخمرَ سخط اللهُ عليه أربعين صباحًا، فإن عاد فمثل ذلك، وما يدريه لعل منيتَه تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط اللهُ عليه أربعين صباحًا، وما يدريه لعل منيتُه تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخِط اللهُ عليه أربعين صباحًا؛ فهذه عشرون ومئةُ ليلةٍ، فإن عاد؛ فهو في ردغةِ الخَبالِ يومَ القيامةِ. قيل: وما ردغةُ الخبالِ؟ قال: عرَقُ أهلِ النارِ وصديدُهم.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang meminum arak Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Jika dia mengulanginya maka dia akan menerima nasib yang sama, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika ia mengulanginya Allah akan murka kepadanya selama 40 hari, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika dia mengulanginya maka Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Maka ini menjadikan jumlahnya adalah sebanyak 120 hari. Jika dia mengulanginya, maka dia akan berada dalam Radghat al-Khabāl pada hari kiamat. Dikatakan: Apakah itu Radghat al-Khabāl? Baginda bersabda: Ia merupakan peluh ahli neraka dan nanah mereka.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 677, hadis no. 3485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من شرب الخمر سخط الله عليه أربعين صباحاً، فإن عاد فمثل ذلك، وما يدريه لعل منيته تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط الله عليه أربعين صباحاً، وما يدريه لعل منيته تكون في تلك الليالي، فإن عاد سخط الله عليه أربعين صباحاً؛ فهذه عشرون ومئة ليلة، فإن عاد؛ فهو في ردغة الخبال يوم القيامة. قيل: وما ردغة الخبال؟ قال: عرق أهل النار وصديدهم)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5242)]
(Lemah) Daripada ‘Āi’syah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang meminum arak Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Jika dia mengulanginya maka dia akan menerima nasib yang sama, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika ia mengulanginya Allah akan murka kepadanya selama 40 hari, dan dia tidak mengetahui bahawa dia mungkin mati pada malam itu juga. Jika dia mengulanginya maka Allah akan murka kepadanya selama 40 hari. Maka ini menjadikan jumlahnya adalah sebanyak 120 hari. Jika dia mengulanginya, maka dia akan berada dalam Radghat al-Khabāl pada hari kiamat. Dikatakan: Apakah itu Radghat al-Khabāl? Baginda bersabda: Ia merupakan peluh ahli neraka dan nanah mereka. [Riwayat al-Aṣbahānī dalam al-Targhīb wa al-Tarhīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5242]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman