Sesiapa yang meminta penghakiman ke atas orang Islam sehingga dia mendapatkannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من طلب قضاء المسلمين حتى يناله، ثم غلب عدله جوره، فله الجنة، ومن ‌غلب جوره عدله فله النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meminta penghakiman ke atas orang Islam sehingga dia mendapatkannya, kemudian keadilannya melebihi kezalimannya, maka baginya syurga. Sesiapa yang kezalimannya melebihi keadilannya maka baginya neraka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 774, hadis nombor 3961. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة –رضي الله عنه -، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((من طلب قضاء المسلمين حتى يناله، ثم غلب عدله جوره، فله الجنة، ومن ‌غلب جوره عدله فله النار)). [د، هق، ((الضعيفة)) (1186)]

(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW berkata: Sesiapa yang meminta penghakiman ke atas orang Islam sehingga dia mendapatkannya, kemudian keadilannya melebihi kezalimannya, maka baginya syurga. Sesiapa yang kezalimannya melebihi keadilannya maka baginya neraka. [Riwayat Abu Daud dalam al-Sunan, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1186]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.