Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من اعتذرَ إلى أخيهِ فلم يَعْذُرْ أو يَقْبَلْ عذرَهُ كان عليهِ مثلُ خطيئةِ صاحبِ مُكْسٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang mahu supaya doanya dimustajabkan serta diangkat kesulitannya, maka bantulah orang yang berada dalam kesulitan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis no. 813. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من اعتذر إلى أخيه فلم يعذر أو يقبل عذره كان عليه مثل خطيئة صاحب مكس. [طس، هب، ((الضعيفة)) (6665)]
(Daif) Daripada Jabir RA beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang meminta maaf kepada saudaranya namun dia tidak memaafkannya atau dia tidak menerima kemaafannya itu, maka dia akan menanggung dosa seperti pengutip cukai. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Baihaqi dalam Syuaib al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6665]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman