Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من وليَ أمةً من أمتي -قلَّت أو كثرتْ-، فلم يعدِل فيهم؛ كبَّه اللهُ على وجههِ في النار.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memimpin suatu umat daripada umat-umatku sama ada sedikit atau banyak dan dia tidak berlaku adil kepada mereka, Allah akan menyeret wajahnya di dalam neraka.
Sahabat Perawi
- Ma'qil bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 844, hadis no. 4332. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه-، قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ((من ولي أمة من أمتي -قلت أو كثرت-، فلم يعدل فيهم؛ كبه الله على وجهه في النار)). [طس، ((الضعيفة)) (5364)]
(Lemah) Daripada Ma’qil bin Yasār RA berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memimpin suatu umat daripada umat-umatku sama ada sedikit atau banyak dan dia tidak berlaku adil kepada mereka, Allah akan menyeret wajahnya di dalam neraka. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5364]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman