Sesiapa yang memimpin seorang buta sejauh empat puluh hasta, Allah memasukkannya ke dalam syurga

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من قاد أعمى مكفوفا أربعين ذراعا أدخله الله الجنة.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang memimpin seorang buta sejauh empat puluh hasta, Allah memasukkannya ke dalam syurga.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 76, hadis nombor 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وقال: عبد الله بن أبان الثقفي: حدث عن الثقات بالمناكير وهو مجهول .
وروى بإسناد آخر فيه كذابان من حديث ابن عمر وقد روى من طرق فيها من لا يحتج به.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW) dan dia berkata: Abdullah bin Aban al-Thaqafi meriwayatkan daripada perawi Thiqat dengan riwayat yang munkar sedangkan Abdullah tidak dikenali.

Ibn Adi meriwayatkan dengan sanad yang lain dan padanya terdapat dua orang pendusta daripada hadith Ibn Umar. Ibn ‘Adi turut meriwayatkan melalui jalan-jalan lain yang terdapat padanya perawi yang tidak dijadikan hujah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs