Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memimpin seorang buta sebanyak empat puluh langkah

Teks Bahasa Arab

مَن قادَ أعمَى أربعينَ خُطوةً؛ غُفِرَ لهُ ما تقدَّمَ مِن ذنبِهِ. وفي روايةٍ: وجبَت لهُ الجنَّةُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memimpin seorang buta sebanyak empat puluh langkah, akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu. Pada riwayat yang lain: Wajib baginya syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA
  2. Abdullah bin Umar RA
  3. Anas bin Malik RA
  4. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 89, hadis no. 450. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) من قاد أعمى أربعين خطوة؛ غفر له ما تقدم من ذنبه -وفي رواية: وجبت له الجنة- روي من حديث عبد الله بن عمر، وجابر بن عبد الله، وأنس ابن مالك، وعبد الله بن عباس -رضي الله عنهم- مرفوعاً. [تمام، الحسين الفلاكي في ((جزء من فوائده))، خط، ابن الجوزي، عق، ابن السماك في ((حديثه))، عد، هق، ((الضعيفة)) (4626)]

(Daif) Daripada ‘Abdullāh ibn ‘Umar, Jābir ibn ‘Abdullāh, Anas ibn Mālik dan ‘Abdullāh Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang memimpin seorang buta sebanyak empat puluh langkah, akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang terdahulu. Pada riwayat yang lain: Wajib baginya syurga. [Riwayat Tammām dalam al-Fawā‘id, al-Husīn Al-Fallākī dalam juzu’ dari hadis beliau, al-Khatīb dalam Tārīkh Baghdād, Ibn Al-Jauzī dalam al-Mauḍu‘āt, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Sammāk dalam hadis beliau, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil dan al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4626]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.