Sesiapa yang memimpin orang yang buta sebanyak 40 langkah

TEKS BAHASA ARAB

من ‌قاد ‌أعمى أربعين خطوة؛ غفر له ما تقدم من ذنبه. وفي رواية: وجبت له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memimpin orang yang buta sebanyak 40 langkah, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu. Dalam riwayat lain: Wajiblah baginya syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 669, hadis nombor 3454. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف): ((من ‌قاد ‌أعمى أربعين خطوة؛ غفر له ما تقدم من ذنبه. وفي رواية: وجبت له الجنة)). روي من حديث عبد الله بن عمر، وجابر بن عبد الله، وأنس بن مالك، وعبد الله بن عباس -رضي الله عنه- مرفوعا. [تمام، الفلاكي في ((الجزء من الفوائد))، خط، ابن الجوزي، عق، ابن السماك في ((حديثه))، عد، هق، ((الضعيفة)) (4626)]

(Lemah): Sesiapa yang memimpin orang yang buta sebanyak 40 langkah, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu. Dalam riwayat lain: Wajiblah baginya syurga. Diriwayatkan daripada hadis ‘Abdullah bin ‘Umar, Jābir bin ‘Abdullah, Anas bin Mālik, ‘Abdullah bin ‘Abbās RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW). [Riwayat al-Rāzī dalam al-Fawāi’d, al-Falākī dalam al-Juzu’ min al-Fawāi’d, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tārīkh, Ibn al-Jauzī dalam al-Mauḍū‘āt, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, Ibn al-Sammāk dalam Hadisnya, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4626]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs