Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memiliki kelapangan dan tidak menziarahiku

Teks Bahasa Arab

حديث: من وجد سعة فلم يغد إلي فقد جفاني

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang memiliki kelapangan dan tidak menziarahiku maka dia telah mengabaikanku

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 117, hadis no. 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي والدارقطني في غرائب مالك وابن حبان في الضعفاء وابن الجوزي في الموضوعات

Ibn Adi meriwayatkan dan al-Daraqutni meriwayatkan di dalam Gharaib Malik, Ibn Hibban di dalam kitabnya al-Dhu'afa juga Ibn Jauzi di dalam kitabnya al-Maudhu’at.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.