Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memikirkan bentuk wanita sehingga

Teks Bahasa Arab

حديث: من تأمل خلق امرأة حتى يتبين له حجم عظمها وراء ثيابها وهو صائم فقد أفطر.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang memikirkan bentuk wanita sehingga tampak padanya saiz tubuhnya disebalik pakaiannya sedangkan dia sedang berpuasa maka batal puasanya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 94, hadis no. 24. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أنس مرفوعا وهو موضوع وفيه كذابان. قال في اللآلىء: وإنما يروى عن حذيفة قال: من تأمل خلق امرأة من وراء الثياب أبطل صومه.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Anas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi). Ia adalah hadith palsu dan padanya terdapat dua perawi pendusta. Al-Suyuthi berkata dalam kitab al-La’ali: Sesungguhnya ia diriwayatkan daripada Huzaifah, dia katanya: Sesiapa yang memikirkan bentuk wanita di sebalik pakaian, maka batal puasanya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.