Tiada asal

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memenuhkan matanya dengan melihat perkara yang haram

Teks Bahasa Arab

مَنْ مَلأَ عَيْنَهُ مِنَ الْحَرَامِ مَلأَ اللَّهُ عَيْنَهُ مِنْ جَمْرِ جهنم.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memenuhkan matanya dengan melihat perkara yang haram, maka Allah SWT akan memenuhkan matanya dengan batu daripada api neraka Jahanam.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tiada asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 206, hadis no. 27. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له.

Tiada asal baginya

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.