TEKS BAHASA ARAB
من حمى عرض أخيه في الدنيا بعث الله إليه ملكا يوم القيامة يحميه من النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang memelihara maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan satu malaikat kepadanya yang akan memeliharanya daripada api neraka pada hari kiamat kelak.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis nombor 817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من حَمَى عِرْضَ أخيهِ في الدنيا بعثَ اللهُ إليهِ مَلَكًا يومَ القيامةِ يحميهِ من النارِ.
[ابن أبي الدنيا في ((صمت))، و((الغيبة والنميمة))، ((الضعيفة)) (6771)]
(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memelihara maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan satu malaikat kepadanya yang akan memeliharanya daripada api neraka pada hari kiamat kelak.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Samt dan al-Ghibah Wa al-Namimah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6771]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.