Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من حَمَى عِرْضَ أخيهِ في الدنيا بعثَ اللهُ إليهِ مَلَكًا يومَ القيامةِ يحميهِ من النارِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memelihara maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan satu malaikat kepadanya yang akan memeliharanya daripada api neraka pada hari kiamat kelak.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 163, hadis no. 817. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: من حَمَى عِرْضَ أخيهِ في الدنيا بعثَ اللهُ إليهِ مَلَكًا يومَ القيامةِ يحميهِ من النارِ. [ابن أبي الدنيا في ((صمت))، و((الغيبة والنميمة))، ((الضعيفة)) (6771)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas bin Malik RA berkata: Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang memelihara maruah saudaranya di dunia, Allah akan mengutuskan satu malaikat kepadanya yang akan memeliharanya daripada api neraka pada hari kiamat kelak. [Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam al-Samt dan al-Ghibah Wa al-Namimah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6771]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman