Sesiapa yang memelihara azan selama satu tahun

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من حافظ على الأذان سنة وجبت له الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memelihara azan selama satu tahun, wajib baginya syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis nombor 1880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ثوبان – رضي الله عنه – مولى رسول الله ﷺ مرفوعا: «من حافظ على الأذان سنة وجبت له الجنة». [الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (849)].

(Palsu) Daripada Thawban RA, hamba Rasulullah ﷺ, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang memelihara azan selama satu tahun, wajib baginya syurga". [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaddhih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 849].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.