Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memelihara azan selama satu tahun

Teks Bahasa Arab

مَن حافَظ على الأذانِ سَنةً وجبَت له الجنَّةُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang memelihara azan selama satu tahun, wajib baginya syurga.

Sahabat Perawi

  1. Thawban RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 354, hadis no. 1880. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ثوبان - رضي الله عنه - مولى رسول الله ﷺ مرفوعا: «من حافظ على الأذان سنة وجبت له الجنة». [الخطيب في «الموضح»، «الضعيفة» (849)].

(Palsu) Daripada Thawban RA, hamba Rasulullah ﷺ, secara marfu‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang memelihara azan selama satu tahun, wajib baginya syurga". [Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaddhih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 849].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.