TEKS BAHASA ARAB
حديث: من ربى صبيا حتى يقول: لا إله إلا الله لم يحاسبه الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang memelihara anak kecil sehingga dia berkata: Tiada tuhan selain Allah SWT, Allah tidak akan menghisabnya.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 76, hadis nombor 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وقال لعل البلاء فيه من أبي عمير عبد الكبير بن محمد [رواه عن] الشاذ كوني.
Ibn Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Seakan kerosakan hadith ini datang daripada Abi Umair Abdil Kabir bin Muhammad. Beliau meriwayatkan daripada al-Syazakuni.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.