Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang memelihara anak kecil sehingga dia

Teks Bahasa Arab

حديث: من ربى صبيا حتى يقول: لا إله إلا الله لم يحاسبه الله.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang memelihara anak kecil sehingga dia berkata: Tiada tuhan selain Allah SWT, Allah tidak akan menghisabnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aisyah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 76, hadis no. 35. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا وقال لعل البلاء فيه من أبي عمير عبد الكبير بن محمد [رواه عن] الشاذ كوني.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Seakan kerosakan hadith ini datang daripada Abi Umair Abdil Kabir bin Muhammad. Beliau meriwayatkan daripada al-Syazakuni.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.