Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أخذَ بركابِ رجلٍ لا يرجوهُ ولا يخافُه ، غُفِرَ لهُ ، وفي روايةٍ : دخلَ الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memegang haiwan tunggangan seorang lelaki, dalam keadaan dia tidak mengharapkan apa-apa darinya dan tidak pula disebabkan dia takut kepadanya, maka akan diampunkan dosa-dosanya. Dan dalam satu riwayat : Dia akan masuk ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 243, hadis no. 1274. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس - رضي الله عنها-، قال: قال ﷺ: «من أخذ بركاب رجل لا يرجوه ولا يخافه، غفر له، وفي رواية: دخل الجنة». تمام، الخطيب في الجامع، الأصبهان الضعيفة، (6586) ].
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbas ―raḍiyallāhu ‘anhuma― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sesiapa yang memegang haiwan tunggangan seorang lelaki, dalam keadaan dia tidak mengharapkan apa-apa darinya dan tidak pula disebabkan dia takut kepadanya, maka akan diampunkan dosa-dosanya. Dan dalam satu riwayat : Dia akan masuk ke dalam syurga. [Riwayat Tamam, al-Khatib dalam al-Jami’, al-Asbahani, al-Dha‘īfah; no. 6586].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman