Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka seolah-olah dia telah membunuh seorang musyrik yang halal darahnya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قتل حية؛ فكأنما قتل رجلا مشركا قد حل دمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka seolah-olah dia telah membunuh seorang musyrik yang halal darahnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis nombor 1123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من قتل حية؛ فكأنما قتل رجلا مشركا قد حل دمه)). [ش، حم، ع، طب، الشاشي في ((مسنده)) الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (4627)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka seolah-olah dia telah membunuh seorang musyrik yang halal darahnya.
[Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Shashi dalam Musnad beliau, al-Kalabadzi dalam Miftah al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4627]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.