Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قتلَ حيَّةً؛ فَكَأنَّما قَتلَ رجلًا مشرِكًا قَد حلَّ دمُهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka seolah-olah dia telah membunuh seorang musyrik yang halal darahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 212, hadis no. 1123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود - رضي الله عنه - مرفوعا: ((من قتل حية؛ فكأنما قتل رجلا مشركا قد حل دمه)). [ش، حم، ع، طب، الشاشي في ((مسنده)) الكلاباذي في ((مفتاح المعاني))، ((الضعيفة)) (4627)]
(Daif) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membunuh seekor ular, maka seolah-olah dia telah membunuh seorang musyrik yang halal darahnya. [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannaf beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Shashi dalam Musnad beliau, al-Kalabadzi dalam Miftah al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4627]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman