Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن قتلَ وزَغةً ؛ مُحِيَ عنهُ سَبعَ خطيئاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang membunuh seekor cicak, nescaya akan dihapuskan darinya tujuh kejahatan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 213, hadis no. 1125. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: ((من قتل وزغة؛ محي عنه سبع خطيئات)). [طس، ((الضعيفة)) (4629)]
(Daif) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang membunuh seekor cicak, nescaya akan dihapuskan darinya tujuh kejahatan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4629]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman