Sesiapa yang membunuh kafir mu’ahad (kafir yang ada perjanjian damai) semasa perjanjiannya masih ada

TEKS BAHASA ARAB

من قتل معاهدا في عهده، لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang membunuh kafir mu’ahad (kafir yang ada perjanjian damai) semasa perjanjiannya masih ada, dia tidak akan mencium bau syurga, dan baunya akan dapat dihidu sejauh perjalanan 500 tahun.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 818, hadis nombor 4211. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذه (المسيرة)) عن أبي بكرة –رضي الله عنه-، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قتل معاهدا في عهده، لم يرح رائحة الجنة، وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام)).
[حب، ك، ((الضعيفة)) (6376)]

(Munkar dengan lafaz “perjalanan”) Daripada Abu Bakrah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membunuh kafir mu’ahad (kafir yang ada perjanjian damai) semasa perjanjiannya masih ada, dia tidak akan mencium bau syurga, dan baunya akan dapat dihidu sejauh perjalanan 500 tahun.
[Riwayat Sahih Ibn Hibban dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6376]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs